Dashboard | +Follow
Bumble Bee ...


I did it !!!
Wednesday, 19 December 2012



Pagi yang dingin. Ku membuka mataku dari mimpi lena. Ku terjaga lalu terlintas di fikiranku tentang peristiwa yang akan terjadi pada hari ni. Aku mencapai telefon bimbitku yang habis baru di charge dari malam semalam. Aku lantas membuka account twitter ku lalu menjenguk rakan-rakan seperjuanganku mengupsdate status tentang perasaan mereka. Ada yang gementar, ada yang tawakal, ada yang beriang-ria. Begitu juga aku, dari malam semalam tidak dapat melelapkan mata bulat ku ini. Asyik terkenangkan tentang result yang akan ku bawa pulang untuk parents ku.

Tepat jam 9.15 pagi, aku mencapai towel ku yang telah lama tergantung pada hanger , membelek baju apa yang sesuai untuk ku pakai ke sekolah. Lalu, aku mengambil baju kurung cotton berwarna turqoise yang menjadi pilihan hati kecilku ini. Aku turun ke bawah untuk iron baju kurung itu. Setelah selesai iron baju, tanpa termenung panjang, aku terus masuk ke dalam bilik air and take a bath. Disebabkan aku terlalu kesejukan, aku terpaksa menggunakan khidmat water heater untuk menyuam kan diriku ini. Berus gigi ku capai lalu memberus gigi ku yang tersusun indah ini. Selepas itu, aku menyuci muka ku menggunakan pencuci muka syurah *bersih,halal,berkesan* .

Aku melangkah keluar bilik air sambil menyanyi lagu yang secara automatic keluar dari mulutku. *demi cinta! dalam hatiku. Ku yakin engkau untuk ku. mesti jejak, pisahkan kita. Cintakan bawa kembali. Padamu* Begitu riang diriku. Setelah selsai berdandan, aku terus keluar dengan lafaz 'Bismillahirrahmanirrohim'. Tiada apa lagi yang aku fikirkan melainkan result yang baik untuk ku bawa pulang suapaya dapat ku tuntut janji manis mereka-mereka ini *ketawa nakal*

Sampai di sekolah, aku bertemu dengan girls aku yang sekian lamanya terpisah tanpa gosip! Muahahaha. Perasaan gementar tu kembali menghantui diriku . Setelah semua cikgu selesai menganalisis keputusan kami di pejabat, mereka terus ke kantin sekolah membawa keputusan kami. Ya Allah, tiada sepatah perkataan yang dapat gambarkan perasaan aku pada detik yang sangat 'kejam' itu. 

Seorang demi seorang cikgu memanggil "Syafinaz , Alya , Ainun , Husna dan Najiha" . Tiada juga nama aku. Hmmm, tidak mengapa. Tapi aku tak tahu untuk apa cikgu memanggil mereka-mereka itu. Aku terus ke meja Cikgu Azina yang memegang keputusan kami. Cikgu hanya tersenyum comel kepadaku. Apa yang sedang berlaku ini???!! Keani sekolah dengan gembira memberitahu bahawa hanya 5 orang antara kami yang berjaya mendapat 8A yang semua pelajar impikan, termasuk aku. Baru aku faham, mungkin nama yang cikgu panggil itu lah pelajar yang berjaya. Takpe, aku tumpang bahagia :')

Aku dan Ain terus meluru ke meja Cikgu Azina kembali dengan langkah yang terketaq-ketaq. Melihat keputusan Ain, bertambah takut aku sebab aku dengan dia tak jauh beza pemikiran kami. Tanpa berlengah lagi, aku terus sign , dan mengambil keputusan aku. Ambil je, aku tak tengok pon dapat ape. Setelah tenang kembali perasaan gementar aku, aku mendapati bahawa keputusanku sangat berbaloi dengan usaha aku.. Sebenarnye, aku target 5A3B. Tapi, 8A tu, target yang kurang diberi perhatian lah. Alhamdulillah, syukur nikmat. Kepada Tuhan yang memberi rahmat. Aku telah pun capai target aku.

BAHASA MELAYU    - B
BAHASA INGGERIS  - A
MATH                         - A
SCIENCE                    - B
SEJARAH                    - B
GEOGRAFI                  - A
PENDIDIKAN ISLAM - A
KEMAHIRAN HIDUP - A

Bersalaman dengan guru guru aku dengan perasaan gembira kerana tidak terbayang difikiran aku akan dapat keputusan sebegitu selama ini. Alhamdulillah. Tapi................ janji-janji brader-brader gua tu boleh dihapuskanlah sebab hanya 8A je yang mereka mahu. Sangat kedekut kan mereka itu?!!!  Kakak-kakak aku berulang kali menelefon aku , tetapi jangan harap aku akan jawab. Muahaha!! Kami berchating di whatssapp. Abang , akak aku semua tertipu dengan keputusan yang aku ambil dari salah seorang rakan ku yang berjaya mendapat 8A. Tapi , penipuan itu hanya seketika. Yang *abang* aku hampir menorder iPhone 5 yang dijanji tapi , hanya dipertengahan jalan sahaja kerana orang ketiga memberitahu hal yang sebenar. Soobsoobbb :'(

Sampai di rumah , mak , abah , abang semua tertanya tanya apa keputusan aku. Aku bagi mak tengok slip keputusan . "5A je. Alhamdulillah" sambil tersenyum gembira lalu meluru ke bilik. Mak keluar dari bilik lalu menghulurkan sampul duit kepadaku yang asyik bermain bersama anak buah comel aku. Mihihiiii, bukan senang mak nak bagi duit free je :D

Okay, dah habis cerita. Cantik tak gaya bahasa aku kali ni?? Btw, tahniah to my loves Ainun, Syafinaz , Husna , Alya , Najiha , Yasmin , Ezzahti , Farah , Ilanur , Ain , Nadya , Anis , Atikah , Suhailah , Husnina , Mira , Ikin , Iffah and Mira Tira .. Hope kita dapat satu kelas lagi babeeeeyyyhhh :*


love, aefoSyliaL



Older | Newer
✿ Mine ✿

♥ Not everyone will appreciate or be thankful for your good act until everyone appreciates and be thankful to Allah The Almighty ♥

« Entries
« Profile
« Find Me


✿ Let's Sing ✿



✿ Credits ✿


Template : Aulia Septiya
Edited : Me
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Font : Google