Dashboard | +Follow
Bumble Bee ...


pemidato
Tuesday, 25 June 2013


Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada ...............*krik krik*

Oooooppppss !!

I'm sure, that's a very annoying intro. tapi , aku nak share ni... dengar lah , dengarlah !!!! Okay , pagi tadi aku pergi SMK Tun Perak dengan Anis and Cikgu Halim. For whattttt ??!!!! Hmmm, ibarat pucuk dicita ulam mendatang (lah sangat) bila cikgu pilih gua untuk berpidato hari ni. Urrmm, tak silap peringkat daerah kot or Piala KPM #KementerianPelajaranMalaysia or entah lah , aku pun tak pasti sebab baru semalam cikgu bagi teks pidatonya and pagi tadi baru aku practice kat kantin sekolah

Ceeehhhhh , datang sekolah dengan lenggangnye. Bawak beg omey omey gua yang ada anak patung omey tu and blazer Cikgu Khadijah Aton atas lengan. Kononnya , bangga ah dapat skip kelas hari ni. Tapi.......... bahana yang menunggu lebih besar!!! Ye lah , bayangkan within 24 hours gua practice semata-mata untuk pertanding 7minit+4minit ni. Seeeeeeeeeee !!!!! 11minit je. 7 minit pidato utama and 4 minit lagi untuk pidato spontan. Aku datang tanpa harapan, tetapi hanya datang untuk ambil bahagian je. Tak harap pun yang terbaik tapi aku try nak present yang terbaik tetapi hakikatnya indah khabar dari rupa. Ceehhhhh , berperibahasa pulak. Maklumlah , gua sekarang pemidato. Hahahahahaha .

Aku peserta ke-5 dar 14. So , peserta pertama tu, tuan rumah. Ya Allah !!!!! Dengan relax gila dia pergi depan lepastu cakap macam pidato international sampai gua ternganga . Serious tak tipu !!!! Aku dah start ngelabah tak tentu pasal. habis semua ayat aku lupa. K, giliran aku dah dah sampai. Dah lah Cikgu Halim taknak tengok langsung. tak teman pun aku duduk dalam bilik gerakan tu. Dah lah tak kenal sape pun. Hmmmmm, tawakal je lah aku. Sampai depan, gua cakap je lah ape yang aku hafal walaupun banyak kali tersangkut sebab cuba bayangkan berpuluh mata tengok engkau!!!! Kerja gila !!!! 

Time pidato spontan gua dapat tajuk Peliharaan Alam Sekita Tanggungjawab Bersama. Alhamdulillah, memang tajuk tu lah yang aku harap. Waktu nak pilih sampul, perrghhhhh !!!!!!!!!! berlambak sampul. Aku macam jasad je kat situ k. Waktu aku tarik satu sampul ni , gua baca basmalah. Alhamdulillah , dapat tajuk yang aku boleh cakap and bagi hujah. Waktu cakap tu,jangan tanya aku cakap ape sebab aku pun tak tahu aku cakap ape. Hahahaha , dah habis tu , aku duduk je dalam tu tengok yang lain. Ade yang bagus and ade yang macam aku. MCKK memang hebat gila. Dia tak henti cakap k. Takde tersangkut langsung siap peribahasa bagai. Hmmmmm, memang gila. Tapi, peserta tuan rumah tu waktu pidato spontan , hancur. So , rezeki berpihak kepada MCKK. Tempat kedua Addiniah. Tempat ketiga Bukit Merchu.

Heh , kan aku kata tak harap pun hadiah yang penting pengalaman. Ceehhh , ayat sedih , hahaha. Memang lah nak menang tapi kalau setakat practice sehari kau nak harap ape??  Tak kisah lah ape orang nak cakap asalkan aku berani nak cuba benda baru. Mesti ingat k , tak semua orang boleh bercakap depan khalayak ramai yang kita tak pernah jumpa. So , insan yang nak berpidato ni mesti ada nilai positif yang tinggi. Serious !!!! Waktu balik tu , tunggu cikgu jap sebab cikgu nak bersantap. Aku duduk lah kat luar dengan Anis. Sekali nampak pulak tudung Pearl Haya warna oren kuning dari jauh. Macam kenal he si shimaya kakak gua ni. Dah habis baru jumpa !! Tak tahu pulak dia bawak students dia nasyid kat sekolah yang sama. Hahahaha , sekali gua datang , habis dia maki aku sebab tak bagitahu. Hahahaha , manalah tahu , dia pun tak tanye. 

Pastu , aku ingat aku je yang perasan sekali, akak aku pun perasan yang budak laki kat belah sana tu pandang kitaorang. Buat dekk je k. Jangan nak menggatal sangat !! Akak aku kan panggil aku bib. So, waktu nak balik tu boleh pulak diaorang panggil 'baby'. Hahahahahaha , aku tak tahulah dia panggil sape. Anis lah tu. Tapi bodoh gila tak malu ke panggil orang macam tu?!! Hahahaha , bukan lagi selera aku nak pandang diaorang tapi lagi loya, geli k !! Hahaha. Lepas cikgu habis makan, kitaorang balik lah dalam cuaca yang sangat berjerebu!! #MohonPerakCuti . Sampaikan bukit and gunung yang sebelah sekolah tu pun tak nampak. Cikgu Halim hantar kitaorang sampai depan motor and bagi 5ringgit sorang. Hehehehe , tak dapat nombor satu , dapat 5ringgit lagi berbaloi. wwuuueeekkk :P

So , panjang jugak lah kan cerita gua ni. Dah lama tak update. However this is my first and the last time masuk pidato. Perhaps. Hehehe , 

love, aefoSyliaL



Older | Newer
✿ Mine ✿

♥ Not everyone will appreciate or be thankful for your good act until everyone appreciates and be thankful to Allah The Almighty ♥

« Entries
« Profile
« Find Me


✿ Let's Sing ✿



✿ Credits ✿


Template : Aulia Septiya
Edited : Me
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Font : Google